Isnin, 19 Oktober 2009

LATAR BELAKANG KG PALOH DUA

Kampung Paloh Dua diwujudkan selepas Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan atau KESEDAR ditubuhkan dibawah akta 203 Perlembagaan Persekutuan diwartakan pada 5 Mac 1978 di Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh 02 merupakan antara Rancangan Kemajuan Tanah yang diwujudkan oleh KESEDAR, dibuka pada 12 Ogos 1980 berasaskan konsep "Ala Kelantan".

Kampung Paloh Dua berada dilokasi 52 km dari Bandar Gua Musang dan 75 km dari Bandar Kuala Krai serta terletak dalam peta sempadan jajahan Gua Musang, manakala sempadan kawasan parlimen pula ialah DUN N44 Paloh, P032 Gua Musang.

Kampung Paloh Dua mula menempatkan peneroka pada 10 januari 1981 seramai 350 orang. Pada peringkat awalnya peneroka ditempatkan dirumah rumah kongsi (rumah panjang) sehinggalah pada tahun 1982 rumah rumah peneroka mula dibina disatu kawasan perkampungan seluas 364 ekar.

Antara pencapaian kampung ini ialah pernah memenangi pertandingan Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri Kelantan, naib johan pertandingan Bulan Kemerdekaan anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah peringkat kebangsaan pada tahun 2005. Banyak lagi kejayaan kejayaan lain yang ditempa oleh kampung ini selain memenangi pertandingan ADC dan PKK peringkat kebangsaan.

Apa yang menarik lagi disini ialah adanya satu kumpulan symfoni musik tradisional dimana ianya menggabungkan berbagai alat muzik dalam satu persembahan seperti rebana ubi, gendang anak, gendang ibu, kompang, kertuk dan serunai. Sehingga hari ini, kumpulan muzik tradisonal berkenaan telah pun mengadakan persembahan bukan sahaja di sekitar Gua Musang, tetapi diseluruh negara melalui tempahan yang dibuat oleh pihak penganjur.